Monday 30 May 2011

Arsenal di kelas yang tersendiri

Pertama-tamanya tahniahlah kepada penyokong pasukan Barcelona di atas kejayaan kelab Sepanyol tersebut menjulang Trofi Liga Juara-Juara (atau lebih sinonim dengan nama Champions League) dengan mengalahkan Manchester United. Pertembungan antara dua juara liga yang membuatkan perlawanan menjadi amat menarik. Namun seperti yang semua sedia maklum, gaya permainan Barcelona yang mengekalkan ball posession pastinye mendominasi perlawanan.

Di sini aku tidak mahu mengupas tentang statistik perlawanan, maklum la, korang pun boleh cari semua perkara tu dekat Official Website Champions League kan. aku nak menceritakan tentang perjalanan Barcelona sepanjang kempen Champions League kali ni. Hurmmm... Tapi apa kena mengena dengan tajuk kan? Takpe, sabar dulu. nanti aku terangkan.



Sepanjang kempen Barcelona kali ni, dari peringkat kumpulan sampai la ke final, sekali je diorang ni kalah, Pastinya lah korang semua tahu kan dengan kelab mana. Mestilah dengan kelab favourite aku, Arsenal f.c.  di pusingan pertama kalah mati (round of 16). Mase tu bukan main riak + takbur lagi. Maklum la, bukan senang nak tumbangkan pasukan terbaik dunia tu. Lagi satu sebab ialah aku ni seorang yang realistik, jadi aku fikir kebarangkalian untuk kalah dekat nou camp tinggi, so time tu tak boleh nak bersuka ria, baik bersuka ria awal-awal. haha.

Bila memikirkan balik tentang perjalanan Barcelona kat Champions League ni, baru la aku terfikir, walaupun Arsenal kurang konsisten, atau Big-4 yang dianggap lemah tapi Arsenal berupaya menumbang kan Barcelona, dan menjadi satu-satunya kelab di Champions League yang berjaya menewaskan Barcelona. Tambahan pula, Barcelona menrunkan line-up terbaik yang diorang ade masa tu. Tahniah kepada Arsenal. I'm proud to be a Gooner.

Dekat sini aku sediakan kan link bagi sesiapa yang tak tahu, atau tak percaya yang Arsenal satu-satunya pasukan yang  menang dengan Barca.

Ini pulak link yang menunjukkan Bacelona menurunkan skuad terhebatnya semasa kalah dengan Arsenal:

No comments: