Thursday 12 May 2011

Once a Gooner, Always a Gooner

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;

Saat aku menulis entry ni, aku secara tidak langsung telah menjadi seorang blogger (boleh ke macam 2?). Tak kisah la ape pun. Maksud aku, ni la kali pertama aku menulis blog, noobshite la kata kan. Jadi, kalau ade silap sana sini, ampun di pinta. Dan aku berterima kasih kepada Hazwan Anuar, Syukri Ali dan Mohd Gadaffi sebab jadikan aku pengarang bersama. Thanks guys.

Ok, entry aku yang pertama (tepuk tangan). Semenjak dua menjak ni, kawan-kawan aku sering mempersoalkan kredibiliti Pasukan Arsenal. Maklum la, keputusan semasa banyak yang tak berpihak kepada Arsenal kan, dalam 13 perlawanan bermula dengan kekalahan kepada Birmingham final Carling Cup, hanya 3 kali je menang (untuk semua jenis pertandingan). Daripada pencabar untuk kejuaraan liga, sekarang bertugkus lumus untuk pastikan tempat automatik ke Champions League.


Apa lagi, mula la aksi sindir-menyindir. Pastu aku yang kena bertubi-tubi. Iye la, peminat arsenal dekat Malaysia ni, kalau nak dibanding kan dengan big-4 yang lain jauh bezanya. Jadi, tahan je la. Tapi apa yang diorang cakap tu ada kebenarannya. Memang arsenal selalunya macam tu, bila dah semakin dekat dengan kejuaraan, peluang yang ada dipersiakan, sekejap menang sekejap kalah, tak konsisten. Bila masuk je pusingan kedua liga, langsung jatuh. Tak senang duduk jadi peminat Arsenal ni kan.



Aku kadang-kadang ade juga terfikir, adakah Arsenal memang macam tu sifatnya. Tengok je filem tentang pasukan Arsenal - Fever Pitch (1997) - berkisarkan tentang kejuaraan Arsenal pada tahun 1988-1989 dan macam mana para peminat Arsenal masih mempunyai kepercayaan terhadap Arsenal pada masa tu walaupun dah tak menang liga selama 18 tahun. Itupun 'drama' yang ditunjukkan Arsenal apabila dah mendahului liga dengan perbezaan mata yang banyak dan akhirnya dipintas Liverpool. Penentuan juara liga ditentukan pada pertemuan terakhir Arsenal bertemu Liverpool dan Arsenal perlu menang 2-0 untuk menang liga. Apa yang menarik di sini adalah jaringan saat akhir Michael Thomas pada masa tambahan membuatkan Arsenal menang liga musim tersebut.

Filem Fever Pitch (1997)

Memang banyak drama kan Arsenal ni. So, betul la it's not easy to being a Arsenal fan. Ape-ape pun aku tetap akan menyokong Arsenal, pasukan kegemaran aku di BPL. So, kepada para penyokong Arsenal tu. Keep your faith in Arsenal guys. No matter what... ONCE A GOONER, ALWAYS A GOONER!

No comments: