Manchester City dengan perbezaan hanya kurang 2 mata, dan kelebihan 1 perlawanan mungkin berupaya berada di tempat ke-3 liga pada kali ini dan seterusnya merampas kedudukan automatik untuk ke Champions League dari Arsenal.
Situasi yang memang berat untuk Arsenal, lagipun seperti yang kita tahu, play-off untuk ke Champiuons League sekarang semakin susah. Semua ni angkara kekalahan kepada Aston Villa di Stadium sendiri (Emirates Stadium) tadi. Mungkin bagus juga aku tak tengok perlawanan tadi. Maklum la, rumah takde astro, mamak dan semua kedai-kedai dekat tempat aku ni bukak Liverpool vs Tottenham. Nasib la game Liverpool vs Tottenham best, tak la menyesal aku keluar. Balik je rumah terus aku tengok statistik game Arsenal. Bagi aku macam menarik je game tadi. Ni aku sediakan statistik perlawanan (Ehsan soccernet.espn.go.com) ;
Match Stats
Walaupun kalah, rating Arsenal nampak macam ok je. Shot on target, corner, ball possession, nampak la effort diorang ni untuk Arsenal. Yela, kadang nasib tak menyebelahi kan. Tapi ape pun kali ni aku nak bercerita pasal kembalinya seorang player Arsenal ni, Thomas Vermaelen yang telah bermain untuk kali pertamanya pada musim ini pada perlawanan ini malam tadi.
Thomas Vermaelen ni merupakan seorang pemain kesebelasan utama Arsenal sejak beliau menyertai Asenal dari Ajax Amsterdam pada jun 2009. Namun, disebabkan kecederaan berpanjangan, beliau tidak dapat bermain untuk musim ni sehinggalah malam tadi bertemu Aston Villa. Beliau telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dan bermain selama 90 minit (tidak termasuk waktu kecederaan). Perlawanan malam tadi adalah perlawanan kompetetifnya yang pertama musim ini dan ini sangat mengagumkan bagi pemain yang tidak bermain sejak awal musim dan mampu bermain selama 90 minit.
Aku pasti sekembalinya Vermaelen dari krisis kecederaan sekurang-kurang nya dapat melegakan sedikit sebanyak kegelisahan para peminat Arsenal seperti juga aku tentang bahagian pertahanan yang longgar sejak kebelakangan ini. Walaupun permainan liga hanya berbaki 1 sahaja dan perlawanan melibatkan vermaelen menyebabkan Arsenal kalah 1-2 kepada Aston Villa. Aku juga pasti dengan kesempatan Vermaelen bermain pada perlawanan liga juga akan turut membantu percaturan Wenger untuk memantapkan Arsenal musim hadapan.

Aku (seperti juga peminat lain) masih ingat cerita pada musim panas 2007 di mana Arsenal mengadakan perlawanan persahabatan dengan Ajax Amsterdam. Semasa perlawanan tersebut, telah wujud pertelingkahan kecil antara Vermaelen dan juga Van Persie pada ketika itu. Dan 2 tahun selepas itu, Van Persie menyambut kehadiran Vermaelen sebagai rakan sepasukan.

No comments:
Post a Comment